Thursday, April 29, 2010

GP Star Photography Studio

(Shooting Dalam GP Star Photography Studio)

Majlis Akad Nikah Duan & Liza berlangsung di Surau Kampung Darat Pak Can, Seberang Marang, Terengganu pada 24 April 2010. Selepas majlis pernikahan iaitu pada kira pukul 12.40 tengah hari berlangsunglah majlis persandingan di rumah Liza. Selepas lima hari mereka berkahwin, seperti yang dijanjikan oleh Jurugambar foto.lanzbo.com @ Mazlan Mahat dalam pakejnya iaitu shooting di dalam studio dilaksanakan pada 29 April 2010. Studio yang menjadi pilihan untuk merakamkan detik-detik sejarah ini ialah GP Star Photography Studio milik Chekuzm dan lokasinya terletak di No. 100A, Jalan Gong Pasir, Lorong 3 Kiri,23000 Dungun, Terengganu Darul Iman. Gambar ini adalah salah satu daripada gambar yang dirakam di studio GP Star... Terima kasih kepada http://foto.lanzbo.com di atas inisiatif dan komitmen menggunakan kemudahan studio ini...

No comments:

Post a Comment